Sekolah
ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya alam sekitar
kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu
dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita seharusnya menjaga
kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika
persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, “Hendak
seribu daya, tak hendak dalih.” Oleh itu, pihak sekolah perlu
mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah.
Salah
satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah
mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus
diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu
melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk
memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga
kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan
mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan
dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk
aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah
atau membersihkan longkang.
Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. “Program Sekolah dalam Taman”
patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan
yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah
lebih nyaman dan berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar
juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan
sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan
gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar
lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti
taman daripada bangunan konkrit yang kaku.
Di
samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat
bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok
untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan ,
“sekolahku syurgaku.” Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak
sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh
bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk
mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab atau persatuan
kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh
melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan
kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai
untuk belajar.
Dalam
pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu.
Melalui aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas
masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin
tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan kerusi. Guru bertugas
harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas
terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas
terbersih akan diberikan sijil penghargaan. Sebaliknya kelas terkotor
perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada petang, seperti
mencuci tandas dan kantin. Secara anjakan paradigma, pelajar akan
mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian
mereka.
Selain
itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K bermaksud
mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini,
pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang
bersih, indah dan selamat. Hal ini demikian kerana pihak sekolah
sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari semasa ke semasa.
Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan
terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan memangkinkan semangat pihak
sekolah untuk memastikan program berjaya diadakan. Sebagai impaknya,
program 3K perlu diadakan di sekolah.
Intihanya,
semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah.
Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu
bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan