Laporan Lawatan ke Melaka Bandar Raya
Bersejarah
Pada cuti sekolah
yang lalu, saya telah menyertai satu lawatan sambil belajar ke Melaka Bandar
Raya Bersejarah. Seramai 80 orang murid dan 8 orang guru turut serta dalam
lawatan itu. Sebelum bertolak, kami diberi taklimat ringkas oleh Cikgu Maznah.
Kami diingatkan agar menjaga disiplin dan tingkah laku serta mementingkan
keselamatan.
Kami memulakan
perjalanan pada pukul 8.30 pagi. Dalam perjalanan, kami begitu teruja melihat
pembangunan negara. Bangunan-bangunan yang tinggi dan tersergam indah di kiri kanan lebuh raya
menyedarkan kami betapa pemimpin kita sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan
rakyatnya.
Setibanya kami di
Air Keroh, kami melawat ke Planetarium Negara. Sekali lagi kami begitu kagum
melihat kecanggihan sains dan teknologi. Kami dibawa melawat oleh pegawai yang
bertugas. Berbagai-bagai bahan dan infomarsi yang kami peroleh di tempat ini.
Kami juga diberi peluang menonton tayangan interaktif tentang planet yang
terdapat di ruang angkasa.
Selepas itu, kami
pergi ke Zoo Melaka yang terletak tidak jauh dari situ. Setiap orang pengunjung
dikenakan bayaran RM8 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk dewasa. Di sini, kami
dapat melihat dan belajar tentang binatang-binatang terutama binatang yang
hampir pupus seperti beruang kola, harimau benggala, seladang dan banyak lagi.
Flora dan fauna di sini menyegarkan pemandangan. Kami juga diberi pelung menaiki
train dan dibawa ke seluruh kawasan zoo ini. Sekali lagi kami insaf tatkala
melihat keagungan dan kekayaan ciptaan Tuhan.
Selepas solat zuhur
di Masjid al-Azim di Bukit Baru, kami dibawa ke Taman Rempah Ratus untuk menaiki
bot Melaka Cruise. Kami begitu teruja kerana tidak pernah menaiki bot. Kami
dibawa menyusuri sungai Melaka. Kami dapat melihat pembangunan negeri bersejarah
ini. Ketika di Medan Samudera pula, kami berpeluang membeli cenderamata. Saya
membeli beberapa helai baju-t, pemegang kunci dan kipas untuk ibu dan adik-adik
saya.
Kami bertolak
pulang ke Shah Alam pada pukul 6.30 petang. Sesungguhnya, banyak pengetahuan dan pengalaman yang kami timba
ketika menyertai lawatan ini. Saya berharap agar dapat menyertai lawatan seperti
ini pada masa yang akan datang.
Dilaporkan oleh,
22 April
2012
Nani Azizah
(NANI AZIZAH BT AHMAD)
Setiausaha,
Kelab Lawatan Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Seksyen 17.
Assalamualaikum Tuan/Puan.
BalasPadamSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.
Contact person :
RIKO ADRYANSYAH
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com
Wassalam
saya suka laporan ini.menarik!!!!!!
BalasPadam