Vandslisme banyak berlaku.Apakah langkah untuk mengatasi masalah ini.
___________________________________________
Saban hari, kita sering mendengar isu remaja yang tidak pernah habis
diperkatakan. Tidak kurang juga berita-berita mengenai salah laku oleh
remaja yang tidak pernah lekang di dada-dada akhbar tempatan hampir pada
setiap hari. Remaja sebenarnya bolehlah dianalogikan sebagai batu
permata yang bakal mencorakkan masa depan negara. Namun, mereka tidak
sedar akan hakikat tersebut. Mereka sering melakukan kesalahan yang
melibatkan kemusnahan harta benda awam yang boleh diringkaskan dengan
perkataan ‘vandalisme’. Menyedari tentang hal ini, tiadakah usaha-usaha
dari pihak tertentu untuk menangani masalah ini?
Dalam konteks ini, ibu bapalah yang perlu memainkan peranan penting.
Didikan agama dan nilai moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa
anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka supaya
menghargai harta benda awam yang terdapat baik di kawasan tempat tinggal
mereka mahupun di tempat lain. Selain itu, mereka harus memantau
aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak-anak mereka dan
mengetahui latar belakang rakan-rakan bagi anak-anak mereka. Sekiranya
mereka mendapati anak-anak mereka terlibat dalam gejala vandalisme ini,
tindakan sewajarnya harus dilakukan. Hal ini termasuklah dengan memberi
amaran tegas kepada anak-anak mereka. Tindakan ini memang sesuai dengan
kata orang-orang tua,“Sayangkan anak, tangan-tangankan”.
Di samping itu, masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala
vandalisme ‘menjalar’ dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka.
Perbuatan seperti menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam,
buaian di taman permainan dan tong sampah awam wajar diambil perhatian.
Masyarakat di sesebuah kawasan itu perlu mengadakan mesyuarat dengan
para ibu bapa tentang gejala itu dan mengenakan tindakan seperti denda
berupa bayaran kepada ibu bapa yang didapati anaknya terlibat dalam
salah laku ini. Kesannya, ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap
tindak-tanduk anak-anak mereka.
Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen untuk
memerangi gejala vandalisme. Pihak kerajaan boleh menyebarkan idea
tersebut melalui stesen televisyen dan radio tempatan untuk menangani
gejala yang semakin ‘membarahi’ negara ini. Kerajaan juga perlu
mengenakan bayaran kompaun yang setimpal kepada sesiapa yang didapati
melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan kerosakan harta benda awam.
Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan laku musnah ini
perlulah melakukan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat seperti
menyapu sampah dan membersihkan tandas awam dan taman-taman permainan.
Natijahnya, sudah pasti gejala vandalisme akan dapat diatasi dengan
penguatkuasaan undang-undang yang tegas oleh pihak berwajib.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah
keringat untuk bersama-sama memerangi gejala vandalisme ini. Walaupun
isu ini dilihat tidaklah terlalu teruk, tetapi ingatlah bahawa ia dapat
memberi impak yang besar kepada negara. Sekiranya semua kemuahan awam
kita tidak boleh digunakan atau diconteng, maka di manakah kita hendak
meletakkan air muka kita. Imej negara yang bersih hanya akan tinggal
kenangan sahaja. Ayuhlah kita bertindak segera untuk ‘memerangi’ gejala
ini dan ingatlah , ‘jangan sudah terhantuk barulah nak terngadah’.
Casino Hotel (Denton, TX) - Mapyro
BalasPadam› casino-hotel-denton-tx 이천 출장마사지 › casino-hotel-denton-tx Casino Hotel (Denton, TX). Hours, 의왕 출장마사지 Wi-Fi, parking, casino, restaurant. Open 24 hours 구리 출장안마 a day, 7 days a week. Casino. 안동 출장안마 Denton. CO. WV. 원주 출장안마 Hours. 24 Hours a week.