LESTARI BUKIT MENGHIJAU
(Syed Mahadzir)
SINOPSIS
Kehadiran Pak Tua di Kampung Alor Rambai menimbulkan
kecurigaan penduduk kampung. Dia dianggap gila kerana membeli bukit yang penuh
dengan hutan belantara. Bukit tersebut dianggap tidak berfaedah oleh penduduk
kampung. Pak Tua terlalu mencintai alam sekitar sehingga menimbulkan perasaan
tidak senang dalam kalangan penduduk kampung. Dia akan menegur sesiapa sahaja
yang cuba menebang pokok. Hubungan Pak Tua dengan penduduk kampung tidak mesra,
dia tersisih kerana sikapnya yang pendiam, suka memencilkan diri dan tidak
mesra.
Zahiran sebagai pelajar Tingkatan 3
di kampung tersebut berjaya mendekati lelaki misteri ini dalam usaha menjayakan
projek sekolah lestari. Projek sekolah lestari telah diilhamkan oleh Cikgu
Idham, pengetua baharu di SMK Alor Rambai yang proaktif dalam menceriakan
kawasan sekolah. Zahiran dan rakan-rakannya telah ditugaskan untuk mencari
beberapa jenis burung dan ikan untuk menghiasi taman sekolah mereka. Projek
sekolah lestari ini adalah sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan
Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan
Kementerian Pelajaran yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000.
Hasil usaha Zahiran dan
rakan-rakannya, Pak Tua mula diterima oleh penduduk kampung. Hamzah yang
diserang demam kuning menjadi titik permulaan kepada usaha gotong-royong bagi
membersihkan kawasan rumah Hamzah yang kotor dan menjadi tempat pembiakan
nyamuk. Seluruh kampung turut dibersihkan. Hasil cetusan idea Pak Tua, Tabung
Pak Hamid dilancarkan bagi membantu keluarga malang itu. Penyakit untut Pak
Hamid berjaya dirawat setelah menjalani pembedahan di Hospital Appolo, Chennai,
India.
Tragedi pokok Bintangor yang
terbakar membolehkan Zahiran mencungkil sejarah hidup Pak Tua, iaitu seorang
saintis yang pernah tinggal di Chicago, Amerika Syarikat. Isteri Pak Tua,
Kamariah dan dua orang anaknya Zahirah dan Zuwairah terlibat dalam kemalangan
jalan raya. Kedua-dua orang anaknya meninggal dunia, manakala isterinya
menderita penyakit HIV akibat pemindahan darah. Kamariah meninggal dunia
sewaktu Pak Tua dan rakan-rakannya telah berjaya dalam usaha mengumpul sampel
untuk penawar HIV. Pokok bintangor
spesies calophyllum leanigerum merupakan
estrak penting dalam menghasilkan penawar HIV.
Pokok ini banyak terdapat di belantara negeri Sarawak dan Pak Tua telah
berusaha menanam pokok bintangor di sekitar Bukit Bintangor.
Akhirnya, Pak Tua telah
menghembuskan nafas terakhir setelah dia mewakafkan tanahnya di Bukit Bintangor
untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.
TEMA
Kepentingan menjaga alam sekitar. Pak Tua sangat mencintai alam sekitar
sehingga dia sanggup membeli bukit yang dipenuhi hutan belantara. Dia melarang sesiapa sahaja yang cuba
menebang pokok. Dia juga menangis
apabila pokok bintangor kesayangannya terbakar.
PERSOALAN
1.
Persoalan cinta akan alam sekitar.
Pak Tua amat mencintai alam sekitar hingga sanggup
membeli sebuah bukit seluas empat hektar
yang dipenuhi belantara. Kawasan
bukit ini ditanami dengan pokok bintangor.
2. Persoalan
menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
Penduduk Kampung Alor Rambai telah membersihkan kawasan
rumah Pak Hamid dan kawasan kampung demi mengelakkan penyakit-penyakit bawaan
nyamuk.
3. Persoalan
peranan pelajar menjayakan sesuatu projek sekolah.
Zahiran dan rakan-rakannya berusaha mencari burung dan
ikan untuk menjayakan projek sekolah lestari.
4. Persoalan
mempercayai kepercayaan karut.
Pak Hamid mempercayai
khidmat dukun Lebai Deraman yang mengubati anaknya, Hamzah. Hamzah dikatakan demam biasa akibat ditegur
hantu tanah.
5. Persoalan
para saintis membuat kajian menghasilkan perubatan moden.
Pak
Tua dan rakan-rakannya berjaya menghasilkan penawar HIV daripada ekstrak
pokok bintangor spesies calophyllum
lanigerum.
6. Persoalan
sumber alam yang boleh memberikan manfaat kepada manusia.
Sumber alam
seperti pokok bunga cempaka putih boleh mengubati bisul. kudis dan
radang
tengkuk; daun pokok kacang kelor berkhasiat membantu membersihkan darah,
mengurangkan
kandungan gula dan mengawal tekanan darah di dalam badan.
PLOT
Novel ini
dibina mengikut kronologi dari awal hingga akhir.
Permulaan
Dimulakan dengan kehadiran Pak Tua
di Kampung Alor Rambai telah menimbulkan pelbagai prasangka penduduk kampung
terhadapnya. Keputusan Pak Tua membeli bukit seluas empat hektar (bukit
bintangor) menyebabkan penduduk kampung menganggapnya sebagai tidak waras. Zahiran
cuba mendekati Pak Tua yang tinggal di kaki Bukit Bintangor.
Perkembangan
Cikgu Idham mencetuskan idea untuk
mengadakan projek sekolah lestari dan berhasrat menyertai pertandingan Sekolah
Lestari Anugerah Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian
Pelajaran. Zahiran dan rakan-rakannya
ditugaskan menangkap burung dan ikan, serta mencari pelbagai jenis pokok bunga.
Secara
tidak langsung, hal ini membolehkan Zahiran dan rakan-rakannya mengenali Pak
Tua dengan lebih dekat. Mereka mendapati
Pak Tua bukanlah seperti yang dianggap oleh orang kampung.
Puncak
Hamzah telah diserang penyakit demam
kuning yang boleh membawa maut. Penyakit
demam kuning berpunca daripada gigitan nyamuk
aedes aegypti. Pak Tua menyarankan Hamzah dibawa ke hospital
untuk mendapatkan rawatan. Rentetan
daripada peristiwa itu, gotong-royong membersihkan kawasan rumah Hamzah dan
sekitar kampung dijalankan.
Peleraian
Pak Tua berhasrat untuk membantu Pak
Hamid yang menderita penyakit untut akibat gigitan nyamuk culex SP. Pak Tua
mencadangkan penubuhan Tabung Pak Hamid untuk tujuan rawatan. Manakala, Zahiran berjaya mencungkil latar
belakang kehidupan Pak Tua. Sebelum
meninggal dunia, Pak Tua telah mewakafkan tanahnya di Bukit Bintangor untuk
tujuan pendidikan dan penyelidikan.
Teknik Plot
1.
Dialog
Contoh: “Kenapa
dengan jip pak cik?” Zahiran mengulangi.
“Tayarnya pancit!” ujar Pak Tua sambil
mengeluh panjang.
2.
Imbas kembali
Contoh: Zahiran
terkenang akan kisah Pak Tua setiap kali dia memandang Bukit
Bintangor.
PakTua telah menceritakan
kisah kehidupannya kepada Zahiran.
3.
Suspens
Contoh: Pembaca
tertanya-tanya apakah yang berlaku apabila kelihatan asap
tebal keluar dari
pucuk-pucuk hutan di Bukit Bintangor.
4.
Kejutan
Contoh: Zahiran
mengetahui latar belakang kehidupan Pak Tua.
Dia terkejut
apabila mengetahui bahawa Pak Tua ialah
saintis yang pernah
bertugas di Chicago,
Amerika.
5.
Pemerian
Contoh: Bukit yang tersergam megah,
menghijau di hujung kampung. Kampung
Alor Rambai, Sungai Jeneri, Jeniang itu banyak kisahnya, terselit suka terpalit
duka perjuangan seorang tua.
WATAK PERWATAKAN
Watak Utama
Zahiran
Ø Anak
yatim (bapanya telah meninggal dunia semasa ia berusia 10 tahun).
Ø Pelajar
Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai.
Ø Seorang
yang baik hati (membantu Pak Tua menukar tayar jip yang pancit).
Ø Menjadi
ketua kumpulan mencari burung bagi menjayakan projek sekolah lestari.
Ø Seorang
yang mencintai alam sekitar – dia sedar manusia mempunyai hubungan yang rapat
dengan alam sekitar.
Ø Dapat
menguasai nama saintifik beberapa jenis pokok (belajar daripada Pak Tua).
Ø Menjalinkan
hubungan erat dengan Pak Tua.
Ø Berjaya
mengikis anggapan orang kampung terhadap Pak Tua.
Ø Bertanggungjawab. Zahiran melaksanakan tugasan yang diarahkan
seperti mencari burung.
Ø Rajin berusaha. Zahiran rajin mengulangkaji pelajarannya dan
mempelajari nama-nama saintifik pokok daripada Pak Tua.
Ø Bijak. Zahiran bijak hingga berjaya melanjutkan
pelajaran ke Kolej Matrikulasi Melaka di Londang.
Ø Bercita-cita
untuk menjadi seorang saintis seperti Pak Tua.
Watak Sampingan
Pak Tua
Ø Berusia
dalam lingkungan 60-an.
Ø Pendiam,
selekeh, suka memencilkan diri, tidak mudah mesra.
Ø Hidup
bersendirian di sebuah pondok kayu.
Ø Seorang
saintis (Profesor Osman Yunus).
Ø Pernah bertugas
di Chichago, Amerika Syarikat.
Ø Berharta
(mampu membeli 4 hektar tanah di Bukit Bintangor).
Ø Amat
cinta akan alam sekitar.
Ø Seorang
yang berpengetahuan luas dalam banyak perkara – mengetahui tentang punca
penyakit untut yang disebabkan bawaan nyamuk, kegunaan pokok-pokok untuk tujuan
perubatan.
Ø Menguasai
nama saintifik pokok-pokok.
Ø Banyak
idea bernas - beliau mencetuskan idea
penubuhan Tabung Pak Hamid bagi membantu
mengubati penyakitnya).
Ø Seorang
yang pemurah - mewakafkan Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.
Cikgu Idham
Ø Pengetua
baharu di SMK Alor Rambai.
Ø Mengajarkan
mata pelajaran Sains Pertanian.
Ø Berusia
dalam lingkungan 45 tahun.
Ø Kreatif
dan banyak idea.
Ø Memperkenalkan
Kempen Amalan Hijau Sekolah dan kitar semula.
Ø Mencetuskan
idea menceriakan kawasan sekolah dan mengadakan projek sekolah lestari.
Ø Berfikiran
terbuka dan mudah menerima idea Pak Tua untuk bergotong-royong membersihkan
kampung serta menubuhkan Tabung Pak Hamid.
LATAR
Latar Masa
Ø Sekitar
tahun 1990-an (buktinya kajian mencari ubat penyakit HIV dan adanya
pertandingan Sekolah Lestari).
Ø Peristiwa
berlaku pada waktu pagi, petang dan malam
Contoh peristiwa :
i) Pagi – Zahiran pergi ke Bukit
Bintangor untuk berjumpa dan mengenali Pak Tua dengan lebih rapat.
ii) Petang – Zahiran pergi ke kedai
runcit Pak Long Hamad dan dalam perjalanan dia melihat banyak tumbuhan hijau yang telah
dikenalinya.
iii) Malam – Selepas sembahyang Isyak penduduk kampung
telah berbincang tentang cadangan Pak Tua menubuhkan tabung kutipan
derma bagi membantu mengubati penyakit Pak Hamid.
Latar Tempat
Ø Kampung Alor
Rambai
Secara keseluruhannya, kebanyakan peristiwa
berlaku di Kampung Alor Rambai.
Ø Bukit
Bintangor
Pak Tua telah menanam pokok bintangor yang hanya terdapat di belantara
Sarawak.
Ø Sekolah
Menengah Kebangsaan Alor Rambai
Cikgu Idham memperkenalkan Kempen Amalan Hijau
Sekolah.
Ø Pondok
Pak Tua di kaki Bukit Bintangor
Pak Tua hidup bersendirian di pondok kayu di
bukit itu.
Ø Kedai
Runcit Pak Long Hamad
Setiap awal
bulan, Pak Tua akan ke kedai runcit Pak Long Hamad untuk membeli barang-barang
keperluan dapur.
Ø Rumah
Hamzah
Pak Tua dan Zahiran mengunjungi rumah Hamzah
untuk melawatnya yang sedang demam.
Ø Hadapan
rumah Zahiran
Pak Tua
menengking Zahiran yang sedang menebang pokok cempaka putih di hadapan
rumahnya.
Ø Sungai
Jeneri
Sewaktu
musim hujan lebat, Sungai Jeneri akan dilimpahi air deras dan berbahaya.
Latar Masyarakat
Ø Masyarakat
kampung yang suka membuat fitnah.
Contoh: Seleman, Setopa dan Kasa
menyebarkan fitnah bahawa Pak Tua terlibat dalam kegiatan haram memproses dadah
untuk diedarkan ke bandar-bandar besar seluruh negara.
Ø Masyarakat
pendidik yang berwawasan.
Contoh: Cikgu Idham ialah guru yang
berwawasan untuk merealisasikan impian pelajar Modal Insan Berdisiplin dan
Sekolah Mesra Alam Lestari.
Ø Masyarakat
pelajar yang rajin dan bertanggungjawab.
Contoh: Zahiran, Kadir, Hamzah dan
rakan-rakannya yang lain rajin dan bertanggungjawab mencari pokok bunga, ikan
dan burung yang diamanahkan kepada mereka.
Ø Masyarakat
saintis yang membuat uji kaji tentang penawar penyakit.
Contoh: Profesor
Osman Yunus bersama dengan beberapa orang pakar botani membuat penyelidikan dan
berjaya menghasilkan penawar HIV.
GAYA BAHASA
Diksi
Ø Penggunaan
kata yang mudah difahami.
Ø Penggunaan
istilah-istilah saintifik.
Contoh:
atmosfera, biodiversiti, bronchitis, farmakologi, sintesis dan virus.
Ø Penggunaan
bahasa pinjaman Bahasa Arab. Contoh: madrasah.
Ø Penggunaan
bahasa Inggeris. Contoh: mosquito.
Ø Penggunaan
dialek.
Contoh: benak
(bertempiaran), ceridau (kicauan), jerba (terkam/terpa), mengeluyur (keadaan
tidak keruan/merayau-rayau), terkelih (terlihat) dan upar (menggentel tapak
tangan).
Penggunaan Ayat
Ø Penggunaan
ayat yang pendek. Contoh: Pagi berkabus.
Ø Penggunaan
ayat yang panjang. Contoh: Di pinggir bukit yang kaya dengan
pokok-pokok pelbagai jenis mengalir Sungai Jeneri, tempat
bermain seluang, baung, sempilai, haruan, kenjeng, lais, betuk, bujuk, tapah
dan kedak.
Bahasa Perbandingan
Ø Simile.
Contoh:
seperti penceramah Forum Perdana (m.s:
11), terkenal macam Datuk
Azhar Mansur (m.s: 39), Pandai betul kamu buat
lawak ye! Macam Senario dalam TV3 (m.s: 41)
Penggunaan imej alam
Contoh: sungai,
bukit, pokok, ikan, burung, hutan balak, hutan belantara dan nyamuk.
Sinkope
Contoh: tak, ni,
nak, dah dan tu.
Personifikasi
Contoh: mesra
dengan hujan yang menitis, manja dengan belaian angin yang menderu segar, hujan
tak bertandang menyuburkan tumbuhan hijau, angin tidak datang mengusap tubuh,
sinarnya menjunam di celah-celah daun pokok lalu menimpa tanah, cahaya matahari
masih lagi bersembunyi.
Ungkapan
Menarik
Simpulan Bahasa: tersenyum
simpul (m.s : 10)
Peribahasa:
tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang
tak kata, ada udang di sebalik batu.
(m.s: 24)
Bahasa puitis: Semua makhluk ada hubungan yang erat dengan
cahaya matahari. Mesra dengan
hujan yang menitis dari langit dan manja dengan belaian angin yang menderu segar.
NILAI
1.
Nilai kasih sayang antara sesama insan.
Pak Tua
menunjukkan kasih sayang sejati kepada isterinya, Kamariah sehingga dia sanggup
membuat penyelidikan tentang penawar HIV.
2.
Nilai tolong-menolong dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Zahiran
telah menolong Pak Tua menukar tayar keretanya yang pancit.
3.
Nilai kecekalan menghadapi halangan dan rintangan.
Pak Tua
cekal menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan isterinya.
4.
Nilai baik hati.
Pak Tua baik hati
terhadap keluarga Zahiran dengan membelikan barang-barang keperluan dapur.
5.
Nilai bertanggunjawab.
Zahiran dan
rakan-rakannya bertanggungjawab menangkap burung dan ikan yang diamanahkan kepada mereka.
6.
Nilai bekerjasama.
Penduduk Kampung
Alor Rambai bekerjasama membersihkan kawasan rumah Pak Hamid dan kawasan
kampung demi menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
Pak Tua dan
rakan-rakan saintisnya bekerjasama menjalankan uji kaji untuk mencari penawar
HIV.
PENGAJARAN
1.
Kita hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain.
Pak Tua menunjukkan kasih sayang sejati
kepada isterinya, Kamariah sehingga dia sanggup membuat penyelidikan tentang
penawar HIV.
2.
Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu
perkara.
Pak Tua dan
rakan-rakan saintisnya bekerjasama menjalankan uji kaji untuk mencari penawar
HIV.
3.
Kita haruslah menolong orang yang berada dalam kesusahan.
Zahiran telah
menolong Pak Tua menukar tayar keretanya yang pancit. Penduduk
Kampung juga
telah membantu Pak Hamid dengan mengadakan kutipan derma bagi
mengubati
penyakitnya.
4.
Kita mestilah cekal apabila menghadapi halangan dan
rintangan dalam hidup.
Pak Tua cekal
menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan isterinya.
5.
Kita perlu bersikap baik hati terhadap orang lain.
Pak Tua baik hati
terhadap keluarga Zahiran dengan membelikan barang-barang keperluan dapur.
6.
Kita hendaklah bertanggunjawab terhadap amanah yang
diberikan.
Zahiran dan
rakan-rakannya bertanggungjawab menangkap burung dan ikan
yang diamanahkan
kepada mereka.
7.
Kita mestilah menjaga kebersihan kawasan persekitaran
pada setiap masa.
Penduduk Kampung
Alor Rambai bekerjasama membersihkan kawasan rumah Pak Hamid dan kawasan
kampung demi menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
LATIHAN
1. Berdasarkan novel Lestari Bukit Menghijau
karya Syed Mahadzir, huraikan
perwatakan watak utama.
2. Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat
dalam novel Lestari Bukit Menghijau
karya Syed Mahadzir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan